Cari @ Amanz

Tahukah anda terdapat lebih daripada 20 Billion gambar yang tersimpan di Instagram? Setiap hari dianggarkan 60 Juta gambar baru dimuat naik dengan jumlah pengguna aktif sekitar 150 juta orang. Statistik ini adalah menakjubkan bagi sebuah aplikasi yang baru dilancarkan pada tahun 2010. Tidak dapat dinafikan lagi aplikasi yang dahulunya dilabel sebagai hipster kini digunakan secara meluas dan terdapat jutaan gambar yang mempunyai nilai seni yang tinggi. Menyedari ramai pengguna Instagram tidak mencetak gambar yang diambil, Instagrammers Gallery dilancarkan oleh Phil Gonzalez bagi memaparkan gambar – gambar terbaik pengguna secara fizikal di dalam galeri. Setakat ini dua buah Instagrammers Gallery sudah dibuka di Miami dan Madrid. Sejak dibuka galeri ini sudah memaparkan 237 hasil seni dari 27 orang pengguna dari 18 buah negara. Gambar yang dipamerkan di galeri ini dipilih oleh komuniti yang berdaftar. Jika anda mahu karya anda dipaparkan oleh mereka, anda hanya perlu mendaftarkan akaun dan mencalonkan karya anda. Selain mendapat ruang galeri untuk hasil seni anda, terdapat juga hadiah bernilai 100 000 Dollar kepada karya yang dipilih sebagai yang terbaik. Kami rasakan idea Instagrammers Gallery ialah idea yang baik. Kami sedari terdapat ramai jurufoto Instagram berbakat dari Malaysia yang karya mereka layak dipaparkan di galeri seni.

IG-Gallery-1

IG-Gallery-3 IG-Gallert-2

Sumber Instagrammer Gallery

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd