Cari @ Amanz

Jabra merupakan satu jenama yang tidak asing yang menawarkan peranti audio berkualiti tinggi untuk pengguna umum dan kegunaan syarikat. Terbaru dalam menyambut musim perayaan, mereka telah mengemaskini harga untuk model Revo Wireless, Revo Corded dan Tag khas untuk pasaran Malaysia yang membawakan potongan harga sebanyak 30%.

jabra-revowireless-1

Peranti Jabra Revo Wireless merupakan kelengkapan audio yang premium dan merupakan yang tertinggi dalam siri keluarga fon kepala yang ditawarkan mereka. Revo Wireless yang dijual pada harga RM799 berbanding harga asalnya iaitu RM1099 manakala Revo Corded iaitu edisi dengan wayar dijual pada harga RM499 berbanding harga asalnya iaitu RM699. Revo Wireless yang menggunakan sambungan Bluetooth dan NFC turut mempunyai wayar yang boleh disambungkan.

jabra-tag-1

Sekiranya anda seorang yang aktif dan sukakan peranti fon kepala jenis ‘in-ear‘ maka Jabra Tag adalah sesuai dengan pilihan anda. Jabra Tag merupakan peranti sambungan beserta panel kawalan yang tampak elegan. Ia juga mempunyai ‘lanyard’ yang membolehkan anda memakai Jabra Tag seakan-akan tag nama askar. Peranti ini dijual pada harga RM199 berbanding harga asalnya RM299.

Kesemua model yang disebutkan ini juga menggunakan sokongan Bluetooth untuk menyambungkannya kepada telefon bimbit. Penawaran harga baru ini dilihat bakal menarik minat para pengguna untuk mencuba peranti audio berkualiti tinggi ini yang setaraf dengan Sennheiser, Plantronics, dan juga Jawbone. Kami akan hadir dengan ulasan Jabra Revo Wireless dan Jabra Tag tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd