Cari @ Amanz

Xiaomi sebelum ini telah berkongsi gambar di laman sosial mereka, memperlihatkan bakal mengumumkan sebuah peranti baru pada 22 Julai kelak. Kini, melalui jemputan fizikal yang mula dihantar mereka, ia lebih menekankan yang mana mereka bakal memperkenalkan telefon pintar dengan kerangka logam pada acara berkenaan.

Xiaomi Teaser

Perkara ini telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini, dimana Xiaomi Mi4 bakal hadir dengan rekaan berasaskan logam (metal), berbanding beberapa peranti mereka sebelum ini.

Mengikut desas-desus sebelum ini, Xiaomi Mi4 dikatakan bakal menyertakan skrin bersaiz 5-inci, dan dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 801, serta memori sebanyak 3GB RAM. Dari segi kamera, ia dijangka akan menyertakan sensor 13-megapixel pada bahagian belakang, dan berkemungkinan 5-megapixel pada bahagian hadapan.

Dengan rekaan berasaskan logam, dan pada harga tawaran rendah mereka, mungkin Xiaomi akan terus memberikan saingan kepada pengeluar lain, terutamanya kepada peranti-peranti flagship daripada Samsung, HTC dan juga Sony.

Tetapi, bagi kami satu lagi perkara yang membuatkan kami risau adalah adakah dengan penggunaan logam, ia akan sedikit melambatkan pengeluaran mereka – sekaligus menjadikan unit tawaran pada setiap kali jualan adalah lebih sedikit berbanding sedia ada.

Xiaomi bakal mengumumkan peranti baru mereka pada 22 Julai ini, dan mungkin kita turut akan dapat mendengar mengenai ciri-ciri khusus peranti tersebut pada pengumuman rasmi berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd