Cari @ Amanz

Pantas! Selang beberapa jam selepas pihak Nokia mengumumkan mengenai kemaskini Lumia Cyan, kini kemaskini tersebut telah pun boleh dimuat-turun oleh para pengguna Nokia Lumia 625 dan juga Nokia Lumia 925 di Malaysia.

Nokia Lumia 925

Sebelum ini sendiri, pihak Nokia Malaysia telah mengatakan yang mana kemaskini tersebut akan hadir pada suku ketiga 2014 ini, dan nampaknya pihak Nokia (yang kini dimiliki Microsoft) bergerak pantas dalam memperkenalkan kemaskini tersebut kepada pengguna peranti Lumia sedia ada.

Melalui kemaskini ini, ia menyertakan Windows Phone 8.1, dan hadir bersama-sama dengan beberapa fungsi tambahan khusus untuk peranti Lumia. Antara fungsi baru yang hadir adalah termasuk sokongan Action Center (talam notifikasi), lajur tambahan untuk Live Tiles pada skrin utama, sokongan Wifi Sense, papan kekunci WordFlow, Internet Explorer 11, dan beberapa fungsi lain.

Kemaskini ini akan ditawarkan kepada peranti secara automatik, dan anda turut boleh menyemaknya pada bahagian Settings > Phone Update.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd