Cari @ Amanz

Sambungan rangkaian internet di Malaysia boleh dikatakan meningkat dengan positif dari hari ke hari. Terkini, kadar penembusan jalur lebar di Malaysia adalah pada kadar 67%, dan kerajaan menyasarkan untuk mencapai angka 95% menjelang tahun 2020 kelak.

Bajet 2014

Untuk menjayakannya, beberapa projek sedia dirancang, dan salah satunya adalah membina lebih kurang 1000 menara telekomunikasi menerusi projek Fasa II Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB). Pembinaan menara ini dijangka akan mengurangkan lagi jurang digital di antara kawasan bandar dan luar bandar di seluruh negara.

Perkara ini merupakan sebahagian daripada perancangan kerajaan melalui Belanjawan 2014, dimana selain membina menara telekomunikasi di kawasan luar bandar dan pedalaman, kerajaan turut menyasarkan untuk mempertingkatkan kelajuan internet pada kadar purata antara 4Mbps ke 10Mbps.

Selain pihak kerajaan, syarikat telekomunikasi juga dilihat aktif memperluaskan penawaran rangkaian mereka ke seluruh negara, disamping menaik-taraf ke rangkaian LTE dalam menawarkan sokongan internet yang lebih pantas kepada pengguna.

Melalui perkembangan dunia internet dan digital ini juga ia sekaligus memberikan sumbangan kepada pelbagai industri – terutamanya industri kreatif dan multimedia.

Jadi, mungkin kita akan dapat melihat perkembangan positif dalam angka pengguna Internet Malaysia dalam tahun-tahun akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd