Cari @ Amanz

Sepanjang minggu lepas, Android Wear daripada Google telah menjadi fokus utama, apatah lagi beberapa pengeluar telah mengumumkan yang mana mereka akan hadir dengan jam tangan pintar mereka tersendiri tidak lama lagi. Jadi, bagaimana pula dengan pesaing Google yang lain untuk peranti yang lebih kurang sama?

Bill Gates

Selain Google, Microsoft turut dilihat memfokuskan kepada jam tangan pintar, dimana lanjutan daripada beberapa desas-desus dan ura-ura sebelum ini, terkini ia sebuah laporan baru hadir mengatakan Microsoft akan memperkenalkan jam tangan pintar mereka pada bulan Oktober kelak.

Sehingga kini, tiada lagi gambar tertiris memperlihatkan bagaimanakah jam tangan pintar ataupun platform Microsoft untuk peranti boleh-pakai akan kelihatan.

Mengikut ura-ura awal, jam tangan pintar ini akan membawakan rekaan yang amat nipis, selain turut hadir dengan lebih 11 sensor terbina padanya. Jam tangan pintar ini juga dikatakan berkemungkinan boleh digunakan bukan sahaja bersama peranti Windows Phone, tetapi turut menyokong beberapa platform popular yang lain.

Pihak Microsoft, seperti biasa tidak mengeluarkan sebarang komen untuknya.

Selain daripada Microsoft, pihak Apple juga dilihat bakal hadir dengan peranti boleh-pakai mereka tersendiri dalam tempoh masa yang lebih kurang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd