Cari @ Amanz

Microsoft hari ini secara rasminya menambah sebuah lagi peranti dibawah portfolio penawaran mereka dengan memperkenalkan Lumia 530. Lumia 530 memfokuskan kepada peranti Windows Phone 8.1 mampu milik daripada pihak Microsoft dan turut hadir dengan sokongan dwi-SIM.

Nokia Lumia 530

Lumia 530 hadir dengan skrin LCD bersaiz 4-inci, cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz Snapdragon, dan kamera belakang 5-megapixel tanpa Flash. Peranti ini turut dilengkapi dengan sokongan mikro-SD, selain turut ditawarkan ruangan storan percuma OneDrive sebanyak 15GB.

Fungsi-fungsi popular lain pada Windows Phone 8.1 seperti Action Center, papan kekunci WordFlow, sokongan Cortana dan sebagainya turut disertakan pada peranti ini.

Bersama-sama dengan pengenalan peranti ini, pihak Microsoft turut memperkenalkan sebuah speaker dinamakan sebagai Bang by Coloud Speaker yang boleh dihubungkan ke ruangan headset jack.

Lumia 530 Coloud

Kedua-dua peranti ini dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat ke negara-negara terpilih dalam bulan-bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd