Cari @ Amanz

Lanjutan daripada laporan kami sebelum ini, hari ini pihak Lazada  telah mula menghantar jemputan ke pelancaran rasmi telefon pintar Moto E, yang mana dijadualkan pada tarikh 13 Ogos ini.

Moto E 13 Ogos

Moto E merupakan telefon pintar mampu-milik daripada pihak Motorola, dan untuk pasaran tempatan ia dianggarkan untuk membawa tanda harga dibawah RM400. Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin bersaiz 4.3-inci qHD, cip pemprosesan 1.2GHz Snapdragon 200, memori 1GB RAM, kamera belakang 5-megapixel tanpa LED Flash, serta dilengkapi dengan sokongna dwi-SIM dan mikro-SD.

Telefon pintar ini turut membawakan antaramuka asal Android tanpa perubahan daripada pihak Motorola, dan menjalankan Android 4.4.4 KitKat.

Seperti Moto G sebelum ini, telefon pintar ini akan ditawarkan secara eksklusif melalui Lazada untuk tempoh pengenalan, dan seterusnya akan diperluaskan kepada pengedar lain selepas itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd