Cari @ Amanz

Xiaomi Mi3 ketika diperkenalkan di Malaysia, ia hadir dengan Android 4.3 Jelly Bean. Hari ini, selain daripada pengumuman Mi4, pihak Xiaomi Malaysia juga turut telah mula menawarkan kemaskini terbaru MIUI mereka kepada pengguna peranti Mi3.

Xiaomi Mi3 Update

Kemaskini Android KitKat ini dilabelkan sebagai KXDMIBE18.0 dimana bersaiz sekitar 429M. Pengguna dikehendaki membuat kemaskini kecil sebelum itu terlebih dahulu, sebelum kemaskini ini ditawarkan.

Melalui kemaskini baru ini, ia hadir dengan beberapa fungsi baru, termasuk penggunaan Android 4.4.2, fungsi Saver pada Data Usage, memperlihatkan panggilan pada status-bar ketika menggunakan aplikasi skrin penuh, pengoptimasian antaramuka, dan pelbagai perkara yang lain.

Bagi anda yang menggunakan Xiaomi Mi3, boleh menyemak kemaskini ini dengan ke halaman Settings > About Phone dan memulakan proses menaik-taraf melaluinya.

  • Amaran
  • Beberapa pengguna awal mengatakan mereka menghadapi masalah dengan rangkaian melalui penggunaan versi baru ini. Jadi, mungkin anda perlu nantikan seketika sebelum menaik-taraf peranti anda ke versi baru ini.
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd