Cari @ Amanz

Samsung, selain daripada peranti mudah-alih, mereka juga turut mempunyai penawaran beberapa jenis kamera digital. Terkini, untuk pasaran Malaysia, Samsung telah mula menawarkan kamera digital terbaru mereka, iaitu SMART Camera NX3000.

Samsung SMART Camera NX3000

Samsung SMART Camera NX3000 hadir dengan sensori 20.3-megapixel APS-C CMOS, kebolehan rakaman berterusan sehingga 5fps, dan juga shutter speed pada 1/4000. Disamping itu, kamera ini turut membawakan rekaan retro – berbeza dengan beberapa kamera lain.

Untuk fungsi pintar pula, pihak Samsung menyertakan beberapa mod rakaman, selain turut menyertakan sokongan NFC untuk perkongsian gambar dengan lebih mudah.

Di Malaysia, ia akan ditawarkan dalam pilihan warna putih, hitam, dan perang pada harga RM1699. Setiap NX3000 turut hadir dengan lensa kompak 16-50mm F3.5-5.6 Power Zoom ED OIS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd