Cari @ Amanz

Uber merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan pengguna membuat tempahan kereta dan pemandu ke sesuatu lokasi dan menikmati beberapa ciri-ciri premium yang dibawakan bersama-sama dengannya. Perkhidmatan tersebut telah dilancarkan di Malaysia pada awal tahun ini.

Uber Windows Phone

Ketika pelancaran tempoh hari, aplikasi berkenaan hanya ditawarkan untuk pengguna iOS dan Android sahaja, dan kini perkara tersebut berubah apabila aplikasi Windows Phone rasmi turut diperkenalkan.

Sama seperti pada aplikasi platform lain, Uber untuk Windows Phone membolehkan pengguna membuat tempahan kereta, melihat harga yang dikenakan, menetapkan lokasi untuk diambil dan dihantar serta menguruskan kad-kredit menggunakannya.

Pihak Uber turut mengatakan mereka akan menawarkan beberapa fungsi lain pada aplikasi berkenaan pada masa akan datang.

Bagi anda yang menggunakan Windows Phone, anda boleh memuat-turun aplikasi ini dari Windows Phone Store dan menggunakannya dalam membuat tempahan kereta Uber anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd