Cari @ Amanz

Rovio sebelum ini telah berkongsi perancangan untuk hadir dengan permainan baru mereka, iaitu Angry Birds Transformers. Kini, video trailer pertama diterbitkan, memperlihatkan bentuk permainan yang akan dibawakan oleh permainan tersebut kelak.

Angry Birds Transformers

Melalui video trailer pertama ini, Rovio memperlihatkan Angry Birds Transformers ini sebagai permainan gabungan genre larian dan juga tembak-menembak, dimana ketika lari pengguna perlu mengelak pelbagai halangan dan menembak musuh – sehinggalah berjumpa dengan ketua penjahat pada sesuatu tahap.

Dengan menggunakan nama Transformers, ia turut mengintegrasikan elemen robot tersebut yang boleh bertukar ke kereta, selain aksi tembak-menembak melaluinya.

Apa pun, memandangkan ia bukanlah trailer daripada gameplay asal, maka ia masih menjadi tanda tanya bagaimanakah grafik sebenar akan diperlihatkan pada peranti mudah-alih.

Buat masa ini, pihak Rovio masih belum berkongsi akan mengenai tarikh pelancaran permainan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd