Cari @ Amanz

VLC merupakan salah satu pemain media popular yang digunakan ramai pada platform Windows, selain turut ditawarkan pada beberapa platform mudah-alih lain. Kini, setelah memperkenalkan aplikasi VLC ke Windows 8, pembangunnya juga turut dilihat merancang untuk memperkenalkannya pada Windows Phone.

VLC Windows Phone

Versi beta pertama dijangka akan diperkenalkan pada Windows Phone seawal bulan Ogos ini. Melalui aplikasi berkenaan, ia akan menyokong pelbagai jenis fail media untuk dimainkan melaluinya. Daripada apa yang diketahui, VLC akan memerlukan Windows Phone 8.1 untuk berfungsi.

Mungkin kita turut akan mendengar beberapa maklumat tambahan mengenai VLC untuk Windows Phone ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd