Cari @ Amanz

ZOPO Mobile merupakan salah satu syarikat pengeluar telefon pintar dari China, dan kini mereka secara rasminya turut telah memasuki pasaran Malaysia, serta memperkenalkan sehingga empat telefon pintar baru untuk pasaran tempatan.

Empat model yang diperkenalkan merangkumi daripada berspesifikasi rendah sehinggalah berspesifikasi tinggi – dimana kesemuanya menggunakan cip pemprosesan MediaTek.

ZOPO ZP998

Telefon pintar yang menjadi fokus utama ketika pengenalan adalah ZOPO ZP998, yang mana hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, cip pemprosesan lapan-teras 1.7GHz, memori sebanyak 2GB RAM,, ruangan storan sebesar 16GB dilengkapi kamera belakang 14-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Telefon pintar ini turut hadir dengan sokongan gambar yang baik, selain turut menawarkan fungsi Dual Yamaha Audio Efficacy. Skrinnya turut menyokong input ketika tangan basah. Segala fungsi ini ditawarkan oleh ZOPO melalui peranti ini pada harga RM1098.

ZOPO ZP1000

ZOPO ZP1000 pula, walaupun membawakan angka versi lagi tinggi, sebaliknya ia hadir dengan penggunaan memori sedikit rendah berbanding ZP998. ZP1000 hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 720p, cip pemprosesan lapan-teras 1.7Ghz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan sebesar 16GB, kamera belakang 14-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Ia membawa tanda harga RM998 untuk pasaran Malaysia.

ZOPO ZP780

ZOPO ZP780 pula membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan qHD, cip pemprosesan empat-teras 1.3GHz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan sebesar 4GB, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Peranti berspesifikasi pertengahan ini ditawarkan di Malaysia pada harga RM598.

ZOPO ZP780

Dan akhir sekali, telefon pintar dengan saiz skrin sedikit kecil, ZOPO ZP700 pula ditawarkan pada harga RM498 di Malaysia. Ia membawakan skrin bersaiz 4.7-inci qHD, cip empat-teras 1.3GHz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan sebesar 4GB, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Ia turut hadir dengan sokongan dwi-SIM – sama seperti ZP780.

Kesemua peranti yang ditawarkan ini menjalankan sistem operasi berasaskan Android, dan hadir dengan antaramukanya tersendiri.

Bagi kami sendiri, kemasukkan peranti daripada ZOPO Mobile ini adalah sesuatu yang menarik. Salah satunya adalah disebabkan mereka pernah dikatakan akan hadir dengan peranti berasaskan Sailfish, dan sekiranya benar, mungkin kita akan dapat melihat peranti tersebut hadir ke pasaran Malaysia – sekaligus membolehkan pengguna menggunakan telefon pintar berasaskan sistem operasi Sailfish.

Apa pun, buat masa ini, pihak ZOPO Mobile hanya menawarkan telefon pintar berasaskan Android sahaja untuk pasaran tempatan. Sama-sama kita nantikan perkembangan syarikat telefon baru ini, dan lihat apakah promosi yang akan diadakan mereka dalam memenangi hati pengguna tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd