Cari @ Amanz

Hari ini, pihak HTC secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru dibawah keluarga Butterfly mereka, dinamakan sebagai HTC Butterfly 2. Bagi anda yang telah sedia mendapatkan peranti Butterfly S, semestinya ingin ketahui akan apakah antara perubahan yang disertakan pada HTC Butterfly 2 ini.

Kemaskini Spesifikasi

HTC Butterfly VS

Perkara paling ketara yang dilakukan pada setiap kemaskini adalah dari segi spesifikasi peranti berkenaan sendiri. Peranti dibawah keluarga Butterfly mengekalkan skrin bersaiz 5-inci, tetapi dilihat melakukan perubahan pada cip pemprosesan, dimana cip Snapdragon 600 1.9Ghz sebelum ini digantikan kepada Snapdragon 801 2.5GHz. Memori dan ruangan storan masih kekal sama, dimana masing-masing 2GB RAM dan 16GB.

Kamera Belakang Dengan Duo Camera

HTC Butterfly VS

Pada HTC Butterfly S sebelum ini, ia hadir dengan kamera Ultrapixel (4MP), dan pada tahun ini, mereka mengemaskini bahagian kamera tersebut kepada kamera dengan sensor 13-megapixel, tetapi hadir dengan sokongan HTC Duo Camera yang membolehkan pengguna merakamkan gambar dengan info kedalaman (depth).

Tiada Lagi Kamera Hadapan Dengan Rakaman Luas

HTC Butterfly VS

Bagi mereka yang meminati selfie, pada HTC Butterfly 2, pihak HTC tidak lagi menyertakan kamera dengan rakaman luas (wide-angle), sebaliknya menggantikan ia dengan kamera 5-megapixel yang turut hadir dengan sokongan sensor BSI dan rakaman gambar dalam bentuk HDR.

Perubahan Kecil Pada Rekabentuk

HTC Butterfly VS

HTC Butterfly VS

HTC Butterfly VS

Dari segi rekabentuk, beberapa perubahan kecil hadir, dan salah satunya adalah susunan butang pada peranti. Butang kuasa dan infrared kini diasingkan. Begitu juga dengan ruangan kad-SD dan SIM. Pada Butterfly 2, pihak HTC menggunakan SIM bersaiz nano – sama seperti pada One M8.

Disamping itu, tiada lagi rekaan berbentuk jejaring pada bahagian tepi peranti berkenaan. Pada bahagian hadapan pula, kamera hadapan kini diposisikan pada bahagian kanan berbanding pada bahagian kiri sebelum ini.

Rekaan bahagian Boomsound juga dikemaskini, dimana kini ia tidak lagi menyertakan warna khusus untuknya. Ruangan audio-jack pula kini dibawa ke bahagian bawah berbanding pada bahagian atas sebelum ini.

Sokongan Kalis Air dan Debu

HTC Butterfly 2

Pada versi asal HTC Butterfly 2012, pihak HTC sedia menyertakan sokongan kalis air. Tetapi ia hilang pada Butterfly S, dan kini kembali semula pada HTC Butterfly 2. Menariknya pada peranti ini adalah ia tidak menyertakan sebarang penutup seperti pada beberapa peranti lain, sekaligus memudahkan lagi pengguna menggunakan pelbagai port tanpa membuka dan menutupnya.

HTC Sense 6.0

HTC Butterfly VS

HTC Butterfly 2 hadir dengan Sense 6.0 yang mana turut menyertakan beberapa fungsi khusus termasuk antaranya adalah fungsi Motion Launch, dan juga beberapa fungsi suntingan tambahan pada bahagian kamera. HTC Butterfly S turut telah menerima kemaskini Sense 6.0 sebelum ini, tetapi beberapa fungsi padanya terhad dan tidak seperti pada Butterfly 2.

Sokongan Sensor Tambahan

HTC Butterfly VS

HTC Butterfly 2 ini turut dilihat hadir dengan beberapa sokongan sensor tambahan, termasuk dari segi pedometer untuk mengira langkah perjalanan anda, dan juga HTC Gesture Sensor.

Sokongan HTC Dot View Case

Untuk mereka yang inginkan aksesori seperti flip-cover, pihak HTC melengkapkan HTC Butterfly 2 dengan sokongan Dot View Case. Berbeze dengan beberapa flip-cover lain, untuk Dot View Case, pengguna boleh melakukan beberapa gesture khusus dan mengawal peranti tanpa perlu membukanya.

Tiada Lagi BeatsAudio

HTC Butterfly VS

Salah satu perubahan pada bahagian audio adalah dimana kini ia tidak menggunakan lagi teknologi daripada BeatsAudio. Sebaliknya, pihak HTC kali ini bekerjasama dengan pihak JBL, dimana ia menawarkan kualiti audio dalam bentuk definisi tinggi, disamping turut menyertakan fungsi kawalan khusus apabila menggunakan fon kepala.

Tiada Lagi Butang Kapasitif – Butang Maya Atas Skrin

HTC Butterfly VS

Satu lagi perubahan drastik yang hadir pada peranti ini adalah dimana kini ia tidak lagi menggunakan butang kawalan kapasitif, sebaliknya menyertakan butang kawalan atas-skrin.


Jadi, ini adalah antara perubahan yang disertakan oleh pihak HTC pada telefon pintar HTC Butterfly 2 mereka. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Butterfly 2 akan memasuki pasaran tempatan, dan berapakah harga jualannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd