Cari @ Amanz

ABNxcess merupakan salah satu penyedia perkhidmatan internet di Malaysia, dimana masih terhad kepada beberapa lokasi sahaja di sekitar bandar-bandar utama. Mereka sedia menawarkan beberapa promosi menarik sebelum ini, dan kini turut hadir dengan sebuah pakej khusus untuk pelajar.

Melalui pakej pelajar yang ditawarkan untuk pra-daftar melalui atas-talian sahaja, pihak ABNxcess menawarkan pakej 10Mbps pada harga hanya RM79.99 sebulan.

Selain menawarkan harga yang murah, pihak ABNxcess juga turut menawarkan langganan sebulan percuma sekiranya anda membuat pembayaran secara berkala untuk tempoh 11 bulan. Pakej untuk pelajar ini seperti tidak menyertakan saluran TV percuma bersama-sama dengannya.

Daripada pertanyaan kami kepada beberapa pelanggan ABNxcess sebelum ini, ia dilihat perkhidmatan talian internet mereka berfungsi tanpa masalah, dan cuma pakej tawaran saluran televisyen percuma yang hadir bersama-sama dengannya sahaja kurang diminati.

Bagi anda yang menggunakan pakej ABNxcess, jangan lupa berkongsi pendapat anda berkenaan perkhidmatan tersebut, dan bagi pelajar yang sedang mencari penyedia perkhidmatan internet, mungkin boleh menyemak laman ABNxcess untuk melihat kawasan liputannya.

Sekiranya anda bukan pelajar, dan turut ingin menikmati perkhidmatan ini pada harga rendah, pihak ABNxcess juga turut menyediakan promosi bersempena bulan Kemerdekaan, dimana mereka menawarkan pakej 10Mbps bersama-sama 50 saluran percuma pada harga RM98.99.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd