Cari @ Amanz

Bercakap mengenai komputer riba memfokuskan permainan, semestinya ramai yang mungkin teringat kepada MSI, Dell dan sebagainya. Tetapi bagaimana dengan nama Acer? Terkini, pengeluar komputer dari Taiwan tersebut dilihat telah memperkenalkan sebuah komputer riba baru memfokuskan permainan video, dinamakan sebagai Aspire V Nitro.

Acer Aspire V Nitro

Acer Aspire V Nitro ini hadir dalam pilihan saiz skrin 15.6-inci dan juga 17.3-inci – dan kedua-duanya hadir dalam resolusi skrin 1920×1200 pixel. Untuk pemprosesan, ia menggunakan cip Intel Core generasi ke-4, serta dilengkapkan dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 860M. Perkara ini sekaligus membolehkan pengguna menikmati permainan video tanpa masalah, disamping membuat kerja penyunting multimedia menggunakannya.

Komputer riba ini turut dilengkapkan dengan dwi-antenna WiFi untuk sambungan internet dan data lebih pantas, disamping turut hadir dengan ruangan storang sehingga 1TB. Pengguna turut boleh menambah ruangan storan berasaskan SSD sehingga 256GB untuk tujuan sistem operasi dan sebagainya.

Beberapa perkara lain yang turut hadir adalah sokongan anti-debu dinamakan DustDefender – dimana ia menggunakan sokongan kipas terbina untuk membuang debu-debu yang terkumpul didalam. Perkara ini sekaligus membawakan jangka masa penggunaan lancar yang lebih lama.

Buat masa ini, Acer dilihat hanya mengumumkan ia untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah pasaran global akan menerimanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd