Cari @ Amanz

Samsung menjadualkan tarikh 3 September ini untuk memperkenalkan keluarga phablet terbaru mereka, iaitu Galaxy Note 4. Seperti biasa, kini beberapa gambar tertiris, memperlihatkan bagaimanakah peranti ini akan kelihatan kelak.

Galaxy Note 4

Daripada gambar yang tertiris ini, Galaxy Note 4 dilihat mengekalkan bahagian S-Pen pada bahagian bawah-kanan, disamping turut mengekalkan pengecasan berasaskan USB 3.0 pada bahagian bawah. Kerangka belakang dilihat mengekalkan tekstur dalam memberikan pengalaman premium pada peranti berkenaan.

Mengikut desas-desus sebelum ini, Galaxy Note 4 dikatakan akan hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci dengan paparan 2560×1440 pixel. Ia turut dijangka akan hadir dengan beberapa sensor seperti pada Galaxy S5, disamping menyertakan sensor kamera yang lebih baik.

Secara kasarnya, boleh dikatakan ia tampak lebih premium berbanding peranti Samsung sebelum ini.

Bagi anda, apa kata anda berkenaan dengan rekaan peranti ini? Adakah Samsung akan menarik minat ramai sekiranya benar ini adalah rekaan Galaxy Note 4?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd