Cari @ Amanz

Untuk acara IFA 2014 pada awal September ini, Sony dilihat menyediakan beberapa peranti baru mereka, termasuk antaranya adalah Xperia Z3 Tablet Compact dan juga sebuah jam tangan pintar baru yang dinamakan Smartwatch 3.

Sony Z3 Tablet Compact

Terkini, melalui gambar yang dikongsikan melalui halaman Facebook pihak Sony, sebuah gambar baru hadir memperlihatkan sebuah tablet bersaiz sekitar 8-inci, selain turut hadir dengan sebuah gambar jam tangan pintar dengan rekaan baru.

Ia tidak diketahui sama ada ianya merupakan gambar akhir untuk kedua-dua peranti baru yang akan diperkenalkan oleh Sony, ataupun sebaliknya. Apa pun, berkemungkinan besar kedua-dua peranti berkenaan mungkin hadir pada IFA 2014 kelak.

Selain daripada Xperia Z3 Tablet Compact dan juga Sony Smartwatch 3, pihak Sony juga dijangka akan memperkenalkan beberapa peranti baru yang lain, termasuk lensa-kamera generasi baru, Xperia Z3, dan juga Xperia Z3 Compact.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd