Cari @ Amanz

MailboxMailbox merupakan salah satu klien emel yang popular pada iOS dan juga Android, serta syarikat tersebut telah diambil-alih oleh Dropbox sebelum ini. Kini, selain pada peranti mudah-alih, mereka juga turut ingin memasuki pasaran desktop – bermula dengan Mac.

Pihak Mailbox sedia memperlihatkan demo ringkas untuk Mac beberapa bulan yang lepas. Hari ini, pihak Mailbox berkongsi maklumat lanjut mengenainya, dimana kini mereka membuka pendaftaran beta kepada pengguna – sekaligus membolehkan sesiapa yang menggunakan Mac mendaftarkan minat dan mencuba versi beta tersebut.

Dengan adanya sokongan perisian desktop ini, ia dilihat akan sync dengan mudah ke aplikasi Mailbox di peranti mudah-alih. Disamping itu, Mailbox turut menyertakan sokongan draft pada versi desktop mereka – dimana turut boleh sync ke peranti lain dengan menggunakan Dropbox.

Bagi anda yang mempunyai Mac, anda boleh mendaftarkan minat hari ini, dan mencubanya sebaik sahaja menerima emel jemputan daripada pihak Mailbox kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd