Cari @ Amanz

Bersempena dengan hari kemerdekaan ke-57, hari ini pihak Google menyediakan sebuah doodle khas untuk para pengguna tempatan, dan boleh dilihat semua apabila mengakses halaman utama Google Malaysia.

Google Merdeka

Untuk doodle kali ini, pihak Google memfokuskan kepada penggunaan bunga raya secara menyeluruh untuknya. Doodle kali ini dilihat dibangunkan bersama-sama Red Hongyi, salah seorang artis kelahiran Malaysia.

Selain daripada doodle untuk hari kemerdekaan, pihak Google juga turut telah menganjurkan sebuah pertandingan mereka doodle baru-baru ini dikalangan pelajar sekolah – dimana karya yang terpilih akan digunakan pada Hari Malaysia kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd