Cari @ Amanz

Xiaomi Redmi 1S merupakan salah satu peranti daripada pihak Xiaomi yang telah ditawarkan di Malaysia sejak bulan Julai lepas. Terkini, peranti tersebut selain dari ditawarkan melalui laman Mi.com sahaja, pihak Lazada turut dilihat ingin menawarkan peranti berkenaan.

Redmi 1S Lazada

Lazada akan menawarkan sebanyak 3000 unit Redmi 1S untuk pengenalan ini, pada 27 Ogos ini, 3 petang. Ia akan dijual pada harga RM419.

Redmi 1S hadir dengan sokongan dwi-SIM, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 400, ruangan storan bersaiz 8GB, skrin bersaiz 4.7-inci, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 1.3-megapixel.

Melalui Lazada, mereka mengatakan akan menghantar kebanyakkan pesanan Redmi 1S dalam masa lebih kurang 48 jam selepas pembelian, selain pengguna di Lembah Klang mungkin boleh menerimanya seawal dalam tempoh 24 jam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd