Cari @ Amanz

Pada awal minggu ini, beberapa gambar sedia tertiris memperlihatkan kamera digital baru daripada Sony dengan fokus terhadap selfie. Kini, ia dilihat telah diperkenalkan secara rasmi oleh Sony, dengan nama Cyber-shot DSC-KW1.

Sony Cyber-shot DSC-KW1

Cyber-shot DSC-KW1 ini membawakan rekaan seumpama botol minyak wangi, dimana ia hadir dengan kamera 10.2-megapixel dengan lensa rakaman luas F2.0. Lensa tersebut juga boleh dipusingkan sebanyak 180-darjah untuk menyesuaikan untuk rakaman gambar selfie anda.

Berbeza dengan beberapa kamera digital yang lain, memandangkan ia memfokuskan kepada rakaman selfie, maka ia hadir dengan sokongan untuk memegangnya secara menegak dan bukannya melintang seperti kebanyakkan kamera digital lain.

Perkara lain yang turut disertakan adalah sokongan mikro-SD, WiFi, NFC dan juga skrin bersaiz 3.3-inci. Pihak Sony turut melengkapkan ia dengan pelbagai aplikasi khusus termasuk kebolehan Skin Toning, Skin Smoothing, Face Slimming, Shine Removal, dan juga Eye Widening.

Kamera Cyber-shot DSC-KW1 ini dijangka akan dijual bermula bulan Oktober kelak.

Sony Cyber-shot DSC-KW1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd