Cari @ Amanz

Pelbagai pengeluar telah sedia hadir dengan jam tangan pintar masing-masing, menggunakan Android Wear dan juga sistem tersendiri (seperti Samsung dengan Tizen dan Sony dengan sistem operasi tersendiri). Dengan pelbagai pengeluar menyertai arena tersebut, HTC turut tidak ingin ketinggalan, dan desas-desus baru mengatakan HTC mungkin memperkenalkannya tidak lama lagi.

HTC Watch

Desas-desus mengenai jam tangan pintar daripada HTC telah diperkatakan sejak tahun lepas, dan ia dikatakan berkemungkinan pihak HTC akan memperkenalkan ia sekitar September atau Oktober ini. Dua model dikatakan dijangka hadir, dimana satu akan hadir menggunakan Android Wear, dan satu lagi berkemungkinan berfungsi sebagai tracker untuk kecergasan – lebih kurang seperti Gear Fit atau Sony Smartband.

Memandangkan kebanyakkan peranti HTC hadir dengan rekaan yang menarik, semestinya jam tangan pintar daripada HTC dinantikan ramai. Selain jam tangan pintar, pihak HTC juga turut dijangka hadir dengan beberapa kejutan lain dalam sebulan dua lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd