Cari @ Amanz

AviaryAdobe sedia menawarkan pelbagai perisian untuk penyuntingan gambar, dan terkini dalam usaha untuk terus mengukuhkan kedudukan mereka, Adobe dilihat telah mengambil-alih Aviary.

Aviary merupakan salah satu penyedia perkhidmatan penyuntingan gambar dalam aplikasi untuk iOS, Windows dan juga Android. Ia turut menawarkan pembangun untuk menambah sokongan penyuntingan gambar pada aplikasi mereka melalui beberapa tool yang disediakan oleh Aviary.

Dengan pengambil-alihan ini, semua pasukan disebalik Aviary akan menyertai Adobe. Apa pun, perkhidmatan Aviary akan terus berfungsi, dan pembangun turut boleh kekal menggunakan SDK Aviary pada aplikasi mereka.

Dari segi penambah-baikkan, kedua-dua perisian daripada Aviary dan Adobe dijangka akan diintegrasikan, dimana mungkin akses kepada teknologi Photoshop akan hadir ke Aviary, disamping kebolehan menyimpan gambar terus ke Creative Cloud milik Adobe.

Harga pengambil-alihan tidak diumumkan kedua-dua pihak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd