Cari @ Amanz

Apple pada bulan ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, selain turut memperlihatkan jam tangan pintar yang bakal hadir pada tahun hadapan. Selain daripada kedua-duanya, mungkin ramai yang turut menantikan pengenalan iPad generasi baru daripada pengeluar peranti terkemuka tersebut.

Mengikut desas-desus awal, kini ia diperkatakan Apple mungkin memperkenalkan iPad generasi baru mereka pada pertengahan Oktober kelak – sekaligus membolehkan ia dipasarkan dengan meluas bersempena musim cuti hujung tahun.

Buat masa ini, pihak Apple mempunyai dua saiz tawaran iPad dibawah mereka, iaitu iPad bersaiz 9.7-inci dan juga iPad Mini bersaiz 7.9-inci.

OS X Yosemite

Disamping itu, pihak Apple juga mungkin turut sama akan memperkenalkan sistem operasi perkomputeran terbaru mereka, OS X Yosemite pada acara yang sama dan membolehkan pengguna OS X seluruh dunia memuat-turunnya.

Tarikh rasmi untuknya tidak diketahui lagi. Beberapa ura-ura awal mengatakan ia berkemungkinan pada 21 Oktober, dan ada yang turut mengatakan sebaliknya.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya menjelang awal Oktober kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd