Cari @ Amanz

 

Sejak beberapa minggu yang lalu pihak Asus sudah memperlihatkan beberapa teaser Zenwatch, jam tangan pintar pertama mereka. Hari ini di IFA Berlin, jam tangan ini dilancarkan secara rasmi. ZenWatch menggunakan sistem operasi Android Wear dan boleh digunakan dengan mana-mana peranti yang menggunakan sistem operasi Android 4.3 dan ke atas. Spesifikasi penuh jam pintar ini masih belum diumumkan tetapi dari apa yang kami lihat tadi ia mempunyai tali yang diperbuat daripada kulit serta skrin yang melengkung. Tidak seperti Samsung Gear 2 ia tidak dilengkapi dengan kamera terbina.

Terdapat juga 100 pilihan muka jam yang boleh anda pilih dan kami juga difahamkan antaramuka Zen UI turut digunakan. Beberapa fungsi menarik yang dipaparkan ialah ZenWatch digunakan sebagai alat kawalan jauh kamera telefon pintar, pengesan degupan jantung dan mematikan deringan telefon dengan menutup skrin ZenWatch. Harga jualan ZenWatch ialah 199 Euro (RM 832) sebuah.

Nampaknya pasaran peranti boleh-pakai terutamanya jam pintar semakin meriah dengan kehadiran Asus ZenWatch. Kami akan membawakan lebih banyak berita dan maklumat terperinci peranti ini di masa hadapan. Nantikan pandang pertama dan ulasan daripada kami dalam masa terdekat.

sqs

ASUS ZenWatch-03

 

Sumver Asus Press

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd