Cari @ Amanz

Samsung sedia mempunyai pelbagai peranti menarik pada IFA 2014 ini, termasuk daripada tablet tahan lasak, Galaxy Note 4, Galaxy Note Edge, Gear S, dan turut menambah kepada penawaran mereka adalah mesin pencetak berasaskan platform Android.

Smart-MultiXpress-MFPs-Line-up

Mesin pencetak ini hadir dengan sebuah skrin sentuh bersaiz 10.1-inci, dimana melaluinya ia membolehkan pengguna membuat beberapa perkara, termasuk mencetak terus melaluinya. Membezakan ia dengan beberapa pencetak sedia ada adalah dimana ia tidak perlu dihubungkan kepada komputer dan pengguna boleh terus mencetak menggunakan pelayar web, emel, atau sebarang aplikasi lain.

Pihak Samsung juga turut melengkapkan sokongan NFC untuk membolehkan pengguna menghubungkan ia kepada peranti mudah-alih. Fungsi asas pencetak masih dikekalkan, dan masih boleh digunakan bersama-sama dengan komputer seperti biasa.

Samsung dilihat memfokuskan kepada penawaran perushaan melalui pencetak ini. Harga jualannya masih tidak diketahui lagi, tetapi Samsung dilihat menawarkan pelbagai model pencetak berbeza dengan sokongan Android ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd