Cari @ Amanz

Microsoft sedia membangunkan Windows 9 atau turut dikenali sebagai Windows “Threshold” sejak beberapa bulan yang lepas. Selepas sedikit demi sedikit info tertiris, kini sejumlah paparan skrin tertiris memperlihatkan beberapa fungsi yang bakal dibawakan oleh sistem operasi berkenaan.

Windows 9 Threshold

Windows 9 Threshold

Windows 9 Threshold

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, Windows 9 kelak dijangka akan hadir dengan menu Start, yang mana membolehkan pengguna mengintegrasikan Live Tiles padanya, dan mengikuti perkembangan melaluinya. Disamping itu, pengguna turut boleh membuka dan menggunakan aplikasi Metro (ModernUI) terus pada desktop melalui tetingkapnya tersendiri – dan tidak lagi hanya untuk paparan saiz penuh sahaja.

Windows 9 ini juga dilihat menyertakan sokongan untuk pusat notifikasi untuk membolehkan pengguna melihat notifikasi daripada pelbagai aplikasi dan sistem terus pada desktop dengan mudah.

Windows 9 Threshold

Windows 9 Threshold

Disamping itu, satu lagi fungsi baru yang hadir adalah sokongan Virtual Desktop – membolehkan anda membahagikan penggunaan desktop dan mengoperasikan komputer dengan lebih efektif lagi.

Windows 9 Threshold

windows9_09

Secara kasarnya, ia turut didapati yang mana Microsoft turut mengubah beberapa elemen pada antaramuka yang menjadikan ia lebih mendatar berbanding sebelumnya.

Microsoft dijangka akan berkongsi lebih lanjut dan mungkin kita akan dapat melihat versi Technical Preview untuknya dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd