Cari @ Amanz

Hacked AppTerdapat pelbagai jenis permainan pada peranti mudah-alih, tetapi bagaimanapula dengan permainan memfokuskan pengaturcaraan? Kini, sebuah permainan diterbitkan oleh pembangun aplikasi Falcon Pro, dinamakan sebagai Hacked.

Hacked masih lagi pada peringkat beta tertutup buat masa ini, dimana ia membolehkan pengguna memainkan beberapa tahap permainan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan – yang dioptimasikan untuk peranti mudah-alih.

Permainan Hacked ini hadir dalam beberapa mod permainan, dimana pada mod utama – “Story Mode”, pengguna akan memainkan watak pengodam yang perlu membuat dan menyelesaikan beberapa kod pengaturcaraan dalam menyelamatkan dunia.

Selain daripada mod tersebut, sebuah lagi mod yang hadir adalah mod “Freestyle”, membolehkan anda membuat program permainan anda sendiri menggunakan aplikasi berkenaan, menerbitkannya dan membolehkan pengguna lain memainkan dan mengundi ia.

Buat masa ini, aplikasi ini hanya khusus untuk Android sahaja, dan masih lagi pada peringkat beta. Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan diri pada Group khusus aplikasi Hacked ini, dan memuat-turun aplikasi versi beta ini – serta mencubanya sendiri pada peranti anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd