Cari @ Amanz

Nampaknya, pada 19 September, beberapa peranti baru akan hadir ke pasaran tempatan. Selain daripada Samsung yang menjadualkan acara pelancaran pada tarikh berkenaan, kini pihak HTC Malaysia turut sama telah menghantar jemputan untuk pelancaran HTC Butterfly 2 di Malaysia pada tarikh sama.

HTC Butterfly 2 telah diperkenalkan secara rasminya pada bulan lepas, dimana ia membawakan kemaskini kepada keluarga Butterfly – hadir dengan sokongan HTC Duo Camera dan juga sokongan kalis air bersama-sama dengannya.

Mungkin kita akan mendengar mengenai harga jualan dan sebagainya pada tarikh pelancaran tersebut. Jadi, bagi anda yang merancang untuk ingin mendapatkan peranti tersebut, mungkin sudah boleh mengumpulkan duit untuk mendapatkannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd