Cari @ Amanz

Hypoglycemia merupaka salah satu keadaan dimana seseorang mengalami keadaan tahap gula yang rendah dalam darah, sekaligus membawa kepada beberapa keadaaan – termasuk peluh sejuk. Selain daripada itu, beberapa perkara lain yang turut membawa kepada peluh sejuk adalah termasuk kerana kekurangan oksigen, sakit jantung dan beberapa perkara lain.

HypoBand

Memandangkan perkara ini sering membahayakan diri seseorang, kini salah satu syarikat tempatan hadir dengan sebuah gelang tangan pintar dinamakan sebagai HypoBand.

Gelang tangan ini hadir dengan beberapa sensor terbina, membolehkan pengguna mengetahui keadaan suhu badan, mengukur tahap peluh dan sebagainya.

Memandangkan pada keadaan kecemasan seseorang mungkin ingin menghubungkan orang terdekat, pengguna turut boleh menetapkan mereka yang ingin dihubungi ketika kecemasan melalui sebuah aplikasi khusus untuknya – dan nombor tersebut akan didail secara automatik apabila tahap peluh (%RH) meningkat, ataupun apabila pengguna klik pada butang kecemasan pada gelang tangan berkenaan.

HypoBand

HypoBand

Buat masa ini Hypoband hanya menyokong peranti Android sahaja, dan hanya aplikasi khusus untuknya sahaja yang disediakan. Peranti ini telah dijual di beberapa pusat kesihatan, selain turut boleh dibeli melalui laman rasmi HypoBand hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd