Cari @ Amanz

Berbeza dengan beberapa laporan mengatakan HTC membatalkan perancangan untuk jam tangan pintar, kini, laporan baru hadir mengatakan HTC masih akan hadir dengan jam tangan pintar mereka dan mungkin diperkenalkan pada awal tahun hadapan.

HTC sedia terkenal kerana rekabentuk perantinya, dan mereka dijangka akan hadir dengan jam tangan pintar dengan rekaan yang cantik dan diminati ramai. Mungkin perkara ini membuatkan mereka menangguhkan pengenalan jam tangan pintar mereka ke tahun hadapan.

Jam tangan pintar merupakan salah satu fokus utama para pengeluar peranti pada tahun ini, dimana Samsung, Apple, Asus, LG, dan Motorola hadir dengan jam tangan pintar mereka tersendiri. Apa pun, secara kasarnya ia dilihat penerimaan jam tangan pintar masih rendah buat masa ini – memandangkan masa bertahan bateri untuknya masih rendah buat masa ini.

Selain daripada jam tangan pintar, pihak HTC turut dijangka akan memperkenalkan salah satu peranti baru mereka pada bulan Oktober ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd