Cari @ Amanz

Apple sedia mengumumkan yang mana mereka sedang membangunkan sebuah kampus baru yang mana dilihat berbentuk bulat – dan dikatakan ramai berbentuk kapal angkasa. Pembinaan untuknya telah pun dimulakan, dan kini kawasan pembinaannya dilihat dirakamkan menggunakan sebuah dron.

Secara kasarnya, ia masih dalam pembangunan dan tiada begitu banyak perkara yang kelihatan. Apa pun, ia boleh dilihat yang mana saiznya amat besar, dan meliputi sejumlah kawasan yang amat luas.

Kampus baru ini telah diperlihatkan oleh Steve Jobs pada tahun 2011, dan kampus baru ini dijangka akan disiapkan sepenuhnya pada penghujung tahun 2016 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd