Cari @ Amanz

Jepun sentiasa hadir dengan pelbagai idea yang kreatif dan agak unik serta janggal berbanding beberapa negara lain. Terkini, KFC di Jepun hadir dengan promosi khusus melalui Twitter – dimana mereka menawarkan beberapa hadiah unik melaluinya.

Salah satu perkara yang menjadi tarikan pada hadiah yang ditawarkan adalah kerangka luar untuk Apple iPhone yang menyerupai ayam goreng. Pengguna dilihat perlu memegang bahagian “tulang” ketika hendak menjawab panggilan menggunakannya.

KFC Jepun - iPhone

Disamping itu, beberapa perkara lain yang turut hadir adalah termasuk ruangan storan USB menyerupai ayam goreng, papan kekunci khusus, dan juga tetikus menyerupai ayam goreng.

KFC Jepun - USB

KFC Jepun - Papan Kekunci

KFC Jepun - Tetikus

Jikalau anda perasan, beberapa hari sebelum ini pihak DiGi turut hadir dengan sebuah video khusus dinamakan DiGi UndrCvr dengan idea lebih kurang sama, tetapi tidak memberikan sebarang hadiah seumpamanya melalui akaun sosial mereka.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan kempen pihak KFC Jepun ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd