Cari @ Amanz

Sony dijangka akan mengumumkan lensa-kamera baru pada hari ini, dan nampaknya mereka turut mempunyai promosi khas untuk lensa-kamera sedia ada, iaitu Cybershot QX10 dan juga Cybershot QX100.

Melalui Sony Store Malaysia, pihak Sony nampaknya menawarkan lensa-kamera tersebut pada harga diskaun sehingga 30% sepanjang bulan September ini – berkemungkinan untuk menghabiskan beberapa stok sebelum lensa-kamera baru hadir.

Sony Cyber-shot QX100

Untuk makluman, menggunakan lensa-kamera ini, ia boleh dihubungkan ke telefon pintar pengguna, dan menggunakannya dalam merakamkan gambar yang lebih jelas berbanding menggunakan kamera terbina pada peranti mereka. Cybershot QX100 hadir dengan sensor 20.2-megapixel Exmor R, dan lensa F1.8 Carl Zeiss Vario-Sonnar dengan sokongan zoom sehingga 3.6x. Cybershot QX10 pula hadir dengan sensor 18.2-megapixel Sony G-Lens, dan turut dilengkapi dengan sokongan zoom sehingga 10x.

Bersempena dengan tawaran bulan September ini, pihak Sony menawarkan Cybershot QX10 pada harga RM489, sementara QX100 pula pada harga RM1049.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd