Cari @ Amanz

Pada bulan Mac yang lalu Microsoft telah menawarkan siri aplikasi Office untuk iPad, memberikan aplikasi Word, Excel dan juga PowerPoint untuk pengguna tablet Apple tersebut. Ketiga-tiga aplikasi tersebut ditawarkan secara percuma namun bagi melakukan penyuntingan dokumen, pengguna memerlukan langganan berbayar Office 365. Pada hari ini, sokongan bayaran langganan Office 365 secara bulanan diumumkan.

Office-subcription

Sebelum ini, langganan Office 365 hanya ditawarkan secara tahunan. Melalui pilihan ini, pengguna boleh melanggannya mengikut tempoh yang disukai mereka, pada harga USD 6.99 untuk penggunaan perseorangan, atau USD 9.99 untuk penggunaan sekeluarga.

Khidmat storan awan OneDrive turut disediakan dengan langganan ini dan aplikasi Word, Excel dan PowerPoint ini mempunyai paparan antaramuka yang tidak jauh berbeza berbanding paparan di komputer desktop.

Bagi para pengguna tablet iPad, anda boleh memuat-turun setiap aplikasi ini percuma daripada iTunes AppStore hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd