Cari @ Amanz

Antara masalah yang harus anda alami sekiranya membeli peranti buatan pengeluar China ialah kekurangan kemasan sistem operasi terkini untuk peranti anda. Ini adalah antara sebab mengapa harga peranti buatan mereka ada jauh lebih murah berbanding pengeluar lebih berjenama. Oppo N1 dan Find 5 adalah dua peranti yang sudah wujud di pasaran sejak awal tahun ini. Ketika dilancarkan kedua-dua peranti menggunakan sistem operasi Android 4.3 Jelly Bean. Sejak dilancarkan tiada berita rasmi mengatakan samada dua peranti ini akan menerima kemasan KitKat. Hari ini hari yang baik sekiranya anda pemilik dua peranti ini kerana Oppo mengesahkan mereka akan memberikan kemasan 4.4. Malang sekali tarikh ramsi kemasan akan diberikan tidak pula dinyatakan. Kemasan ke Android 4.4 dijangka akan hadir bersama dengan kemasan Color OS 2.0.

OppoSumber Google+ Oppo

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd