Cari @ Amanz

LangkawiLangkawi merupakan salah satu lokasi percutian yang popular dikalangan rakyat tempatan dan juga pelancong luar. Dalam usaha memberikan liputan akses internet yang stabil dan pantas, kini kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan kadar penembusan 3G di pulau tersebut sehingga ke 95% menjelang tahun 2015 kelak.

Buat masa ini, ia dikatakan berada pada angka sekitar 70%. Untuk menjayakannya, pelaburan berjumlah RM300 juta akan dilakukan, yang mana meliputi pembinaan 10 menara telekomunikasi baru, 3 Pusat Internet 1Malaysia, kabel gentian optik sepanjang 80km (dari Kuala Perlis ke Langkawi), dua ibu sawat jalur-lebar berkelajuan tinggi, dan juga 260 hotspot Wifi 1Malaysia.

Selain daripada itu, kerajaan juga menyasarkan untuk mencapai 75% kadar penembusan jalur-lebar diseluruh negara, dan kini ia telah mencapai angka 67%. Peningkatan kadar penembusan jalur-lebar ini dikatakan selari dengan peningkatan efisiensi dan juga KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) – sekaligus memberikan keuntungan dalam pelbagai segi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd