Cari @ Amanz

Minggu lalu IOS 8, kemas kini terbaru untuk peranti pintar Apple sedia dimuat turun oleh kesemua pengguna peranti pintar buatan Apple. Beberapa pembaharuan dibuat seperti kamera selfie lengkap dengan penetapan masa dan juga antaramuka yang lebih menarik. Malang sekali setiap kali kemas kini IOS dilakukan pasti ada individu tidak bertanggang jawab menyebarkan fungsi baru palsu di laman media sosial.

Tahun lalu IOS7 dikatakan merubah peranti anda menjadi kalis air secara serta merta. Tahun ini berita palsu IOS8 dikatakan membawa fungsi pengecasan tanpa wayar menggunakan ketuhar gelombang mikro. Peranti anda dikatakan boleh dicas penuh hanya dengan memasukkannya ke dalam ketuhar gelombang mikro. Bagi pengguna dengan latar belakang sains mereka pastinya tahu ini adalah fungsi palsu yang berbahaya. Malang sekali ada beberapa pengguna iPhone yang tidak celik sains mematuhi arahan fungsi palsu ini mengakibatkan kerosakan teruk kepada telefon pintar mereka.

IOS-ketuhar-palsu

Telefon semakin pintar tetapi malang sekali kepintaran pengguna tidak berkadar terus dengan kepantasan pemproses dan harga sesebuah peranti. Apabila membaca berita di laman media sosial kami menyarankan anda supaya melakukan kajian terlebih dahulu sebelum menjadi mangsa penipuan yang akan menyebabkan kerugian yang besar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd