Cari @ Amanz

Samsung pada tahun lepas telah mula mempopularkan penggunaan jam tangan pintar melalui keluarga Gear mereka, dan sehingga kini beberapa jam tangan pintar telah tersedia dipasaran, termasuk dengan sokongan kad-SIM.

Terkini, melangkah setapak kehadapan, Samsung turut dikatakan mungkin hadir dengan jam tangan pintar yang turut menyertakan sensor pengimbas cap jari. Pengimbas cap jari ini dikatakan akan dilengkapkan dengan sebuah sistem pembayaran baru hasil kolaborasi dengan pihak PayPal.

Menggunakan jam tangan pintar tersebut, ia mungkin akan membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan mudah menggunakan jam tangan pintar. Sebelum ini, pihak Samsung turut pernah bekerjasama dengan PayPal untuk sokongan pembayaran menggu

Untuk sistem pembayaran tersebut pula, Samsung dan PayPal dijangka akan memasarkan ia disekitar 50 buah negara, dimana ia akan membolehkan pengguna mengetahui promosi dari kedai-kedai sekitar mereka, dan seterusnya memilih produk dan membuat pembayaran dengan ke kedai tersebut dengan mudah dan pantas.

Info lanjut mengenainya masih samar-samar buat masa ini. Samsung dijangka akan memasarkan ia pada tahun hadapan, dan mungkin diperkenalkan pada MWC 2015 yang dijadualkan pada bulan Mac kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd