Cari @ Amanz

Pihak Sony hari ini turut memperkenalkan beberapa peranti boleh pakai menerusi keluarga SmartWear dan salah-satunya adalah SmartWatch 3, yang mana kini telah bersandarkan kepada platform Android Wear secara sepenuhnya.

Sony SmartWatch 3 menampilkan rekaan gaya hidup aktif dengan membawakan rekaan silikon sebagai binaan utama. Peranti yang tahan lasak ini tampil dengan strap yang boleh ditukar selain hadir dengan ujian ketahanan IP68 serta kalis air. Melalui pilihan warna, ia dilihat hadir dengan pilihan warna hitam dan lime disamping menawarkan aksesori strap berwarna merah jambu serta putih yang dijual secara berasingan.

02_SmartWatch_3_Black_black-680x680

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 1.6-inci beresolusi 320×320, pemprosesan empat teras 1.2GHz, 512MB RAM, storan dalaman 4GB, dan menjalankan sistem operasi Android Wear padanya. Dari segi penggunaan bateri, ia didatangkan dengan bateri 420mAh yang mana pihak Sony mengatakan ia mampu bertahan sehingga 2 hari dengan penggunaan yang kerap.

Disamping perkenalan SmartWatch 3, pihak Sony turut memperkenalkan SmartBand Talk iaitu sebuah alat kecergasan yang hadir dengan skrin e-ink 1.4-inci. Melaluinya, pengguna boleh melihat beberapa info seperti bilangan langkah dan maklumat tidur pengguna selain kebolehan menjawab panggilan padanya.

01_SmartBand_Talk_White-680x680

Sony SmartWatch 3 dijangka mula dijual bermula suku ke-empat tahun ini dengan membawa harga $229.99 (~RM729) manakala Sony SmartBand Talk pula bakal dijual pada harga $159.99 (~RM509).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd