Cari @ Amanz

Sony Xperia C3

Sony Xperia C3, peranti mesra selfie kini mula dijual di Malaysia pada harga RM 999. Keunikan Xperia C3 berbanding telefon pintar lain ialah kamera hadapan sebesar 5 Megapixel lengkap dengan sistem flash LED. Ia turut dilengkapi kamera utama sebesar 8 Megapixle. Dari segi spesifikasi pula ia diperkasakan pemproses 1.2 Ghz empat teras Snapdragon 400, 1 Gigabyte RAM dan muatan dalaman sebesar 8 Gigabyte dengan sokongan MikroSD sehingga 32 Gigabyte. Skrinnya pula ialah 5.5″ 720P LCD IPS Triluminos. Jika anda mahukan peranti yang direka khas untuk pengambilan gambar selfie, Xperia C3 ialah peranti yang boleh anda miliki di pasaran bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd