Cari @ Amanz

Bagi anda yang selalu mengikuti ulasan peranti audio dari Jabra, ini merupakan pertandingan yang semestinya dinantikan anda. Pihak Jabra Malaysia tahun ini tampak aktif dalam mempromosi peranti mereka, malahan turut mengemaskini harga peranti mereka buat pasaran tempatan. Untuk cabutan bertuah ini, mereka menaja dua peranti yang telah diulas kami iaitu Jabra Tag dan Jabra Step Wireless.

jabra-tag-1

Salah satu peranti yang menerima kemaskini harga tersebut adalah Jabra Tag, yang hadir dalam bentuk seakan-akan tag nama askar. Peranti ini yang pada mulanya dijual pada harga RM299 kini dijual pada harga RM199. Rekabentuknya tampak elegan, dan bagi anda yang menginginkan fungsi radio FM, peranti ini sudah tentu menjadi pilihan anda.

Jabra Step Wireless-IMG_7470

Peranti kedua ialah Jabra Step Wireless yang turut mempunyai Earhooks, untuk menjamin posisinya semasa menggunakannya. Ia hadir dengan rekaan kalis air dan debu serta berwarna hitam. Meskipun perumahnya tampak besar, namun ia selesa digunakan. Ia dijual pada harga RM249.

Untuk makluman, kedua-dua unit yang ditawarkan sebagai hadiah cabutan ini telah diuji selama seminggu. Terdapat gantian plastik Eargels pada saiz yang berbeza. Pemenang akan dipilih dari JAWAPAN pembaca yang tepat yang dipilih berdasarkan cabutan berdasarkan waktu yang akan dilakukan kami dari laman Random.org

  • Sekiranya terdapat lebih dari 1 komen pada waktu tersebut, pemenang akan dipilih melalui cabutan nombor rawak antara 1-60 mengikut saat jawapan tersebut diberikan.
  • Soalan yang perlu dijawab: “1- Berapa banyak ulasan peranti Jabra yang telah Amanz terbitkan”.
  • Soalan kedua yang perlu dijawab: “2- Peranti Jabra manakah yang anda mahukan sebagai hadiah“. Sekiranya anda hanya berminat dengan Jabra Step Wireless, nyatakan Jabra Step Wireless. Sekiranya anda menginginkan Jabra Tag, nyatakan Jabra Tag. Anda juga boleh menyatakan keduanya namun seorang peserta hanya boleh memenangi satu hadiah.
  • Cabutan akan dilakukan sebanyak 2 kali kerana terdapat 2 unit untuk dimenangi.

Seperti biasa, giveaway ini dibuka kepada semua yang mempunyai alamat di Malaysia, dan sekiranya anda menang, anda akan dihubungi berdasarkan alamat emel yang digunakan ketika meninggalkan komen. Penerimaan komen akan ditamatkan pada pukul 12 malam ini (26 Oktober).

  • Info
  • Tahniah kepada pemenang:

    • Zul-jah: Jabra Tag
    • Awai: Jabra Step Wireless
    • Pemenang telahpun dihubungi melalui emel. Terima kasih buat semua peserta.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd