Cari @ Amanz

Pada setiap versi Android, pihak Google menyediakan sebuah easter-egg tersembunyi. Pada versi-versi sebelum ini, mereka hadir dengan easter-egg lebih kepada animasi, dan pada Android 5.0 Lolipop, Google menyertakan sebuah permainan seumpama Flappy Bird.

Untuk mengaktifkan permainan tersebut, pengguna perlu tap pada angka versi di halaman tetapan beberapa kali, dan ia akan hadir memperlihatkan easter-egg tersebut.

Lolipop Flappy Bird

Melalui permainan tersebut, pengguna akan mengawal watak Android, dan perlu mengelak daripada terkena pada sebarang lolipop.

Menariknya, berbeza dengan permainan Flappy Bird yang hanya satu arah (ke arah kanan sahaja), pemainan klon pada Android 5.0 Lolipop ini menggunakan sistem rawaknya tersendiri, sama ada ke arah kanan atau kiri.

Lolipop Flappy Bird

Daripada percubaan kami, ia boleh dikatakan agak mencabar berbanding dengan Flappy Bird. Pengenalan easter-egg ini juga agak menarik, dan membolehkan pengguna mengaktifkannya untuk memainkan ia ketika bosan tanpa perlu memasang sebarang aplikasi tambahan lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd