Carian
Angry Birds Transformers Sedia Dimuat-Turun Oleh Pengguna iPhone Dan iPad
October 15, 2014 Aman

Pihak Rovio sebelum ini telah mengumumkan permainan Angry Birds Transformers, sebelum memperkenalkannya secara terhad kepada pengguna di New Zealand. Terkini, ia dilihat pihak Rovio turut telah menerbitkannya untuk pengguna tempatan, dan boleh dimuat-turun di AppStore hari ini.

Angry Birds Transformers membawakan watak permainan sedia ada yang berubah kepada robot Transformers. Melaluinya, ia membawakan permainan berbentuk aksi tembak-menembak secara side-scrolling, lebih kurang seperti beberapa permainan konsol lama.

Seperti biasa, permainan percuma ini dilengkapi dengan iAP (pembelian-dalam-aplikasi) untuk membolehkan pengguna mendapatkan beberapa kuasa tambahan. Pihak Rovio dijangka memperkenalkan permainan sama untuk pengguna Android pada 30 Oktober kelak.

Komen