Cari @ Amanz

Apple sebelum ini telah memulakan tayangan siaran langsung untuk acara pengumuman mereka untuk iPhone, dan kini mereka turut akan melakukan perkara sama untuk pengumuman yang dijadualkan pada hari Jumaat ini.

Apple Event 2014

Pada acara yang dijadualkan pada minggu ini, Apple dijadualkan untuk memperkenalkan beberapa produk baru, dan yang bakal menjadi fokus adalah iPad dan juga sistem operasi OS X Yosemite.

iPad baru kelak dijangka akan menyertakan kemaskini pada spesifikasi, selain turut menyertakan sokongan TouchID. Sementara untuk OS X Yosemite pula pihak Apple telah sedia memperlihatkan ia secara kasar sebelum ini, dimana ia hadir dengan kemaskini pelbagai aplikasi, membawakan antaramuka yang mendatar, dan diintegrasikan dengan lebih menyeluruh bersama platform iOS.

Apple juga dikatakan mungkin akan memperkenalkan iMac baru dengan paparan 5K.

Bagi anda yang ingin mengikutinya, boleh menontonnya menggunakan Safari pada OS X, ataupun menggunakan Safari pada iOS. Pengguna turut boleh menontonnya menggunakan AppleTV.

Seperti biasa, jika anda tidak berpeluang menontonnya, anda boleh mengikuti kemaskini daripada laman Amanz pada 17 Oktober ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd