Carian
Astro Hadir Dengan Perkhidmatan Memfokuskan Radio, Podcast Dan Audio Dinamakan Raku
October 29, 2014 Aman

Perkhidmatan penstriman audio seperti Spotify, Deezer dan Rdio mempunyai peminatnya tersendiri di pasaran tempatan. Bercakap mengenai perkhidmatan tempatan sendiri, kita ada WowLoud dan TonTon Music daripada pihak Media Prima. Menyertai arena sama dengan sedikit perbezaan kini adalah Astro dengan Raku.

Raku merupakan perkhidmatan memfokuskan kepada radio, dimna mereka melengkapkan aplikasi tersebut dengan pelbagai saluran radio dibawah Astro. Disamping itu, Raku turut dilengkapi dengan sokongan Radio Digital dan juga “Radio On Demand”.

Raku

Raku

Raku

Raku

Perkhidmatan ini hanya khusus untuk pengguna Malaysia sahaja, dan sekiranya anda berada di luar Malaysia, tidak boleh mendengar sebarang siaran. Pihak Astro turut bekerjasama dengan beberapa pihak dalam menjayakannya, termasuk salah satunya adalah 7Digital. Perkara ini mungkin lebih memfokuskan kepada sokongan “Discover” yang ditawarkan pada perkhidmatan tersebut.

Disamping perkhidmatan Radio, salah satu perkara menarik pada Raku adalah podcast yang mana merupakan koleksi audio dengan fokus terhadap beberapa perbincangan. Astro mengatakan mereka membawakan penawaran daripada podcast tempatan dan antarabangsa pada Raku.

Untuk menggunakan perkhidmatan Raku ini, ia adalah percuma. Pihak Astro memaparkan sokongan menggunakannya dengan akaun Astro atau Facebook Connect. Kami telah mencubanya dengan akaun Facebook, dan ia dilihat boleh berfungsi dengan lancar.

Rekabentuk web dan perkhidmatan Raku ini amat kemas bagi kami, namun disebabkan ia tidak ditawarkan untuk pengguna luar Malaysia, maka ia suatu yang mendukacitakan – memandangkan pengguna tempatan yang berada di luar negara tidak boleh menikmatinya.

Ia tidak diketahui sama ada pihak Astro akan menambah penawaran lagu dan album seperti Spotify dan lain-lain pada perkhidmatan ini ataupun sebaliknya.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba perkhidmatan ini di web, atau mencuba aplikasi Android atau iOS mereka.

Raku iOS

Komen