Cari @ Amanz

Pada hari ini, terdapat pelbagai peranti untuk memantau kesihatan pengguna seperti dari segi aktiviti dan sebagainya. Tetapi bagaimana pula dengan kenderaan anda? Kini, salah satu projek daripada negara jiran kita, Thailand hadir dinamakan sebagai Drivebot dengan fokus terhadap memantau kesihatan kenderaan.

Drivebot

“Drivebot – Fitbit untuk kenderaan”Drivebot hadir dalam sebuah peranti yang boleh dihubungkan kepada port OBD-II kereta, dan pengguna boleh menghubungkan ia kepada telefon pintar menggunakan Bluetooth. Seterusnya, ia akan memulakan proses memantau masalah kenderaan, dan memberikan notifikasi sekiranya terdapat sebarang masalah. Aplikasi Drivebot juga turut menyediakan beberapa arahan ringkas untuk mengatasi sesuatu masalah yang dihadapi pada kereta anda.

Menurut pembangunnya, dengan mengenal-pasti masalah dengan awal, pengguna dapat mengurangkan kos baiki kenderaan, sekaligus menjimatkan perbelanjaan mereka.

Disamping itu, aplikasi Drivebot juga turut akan memantau perjalanan anda, melihat jarak perjalanan, dan memberikan info mengenai penggunaan masa dan juga minyak yang digunakan. Ia juga turut menyediakan bantuan dan cadangan untuk cara pemanduan yang lebih baik untuk menjimatkan kos perjalanan.

Buat masa ini, pihak pembangunnya masih dalam proses mengumpulkan dana melalui IndieGogo, dan ia dilihat menerima pelbagai maklumbalas positif daripada para pengguna.

Drivebot

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd