Cari @ Amanz

 

Fakta menarik hari ini buat pembaca budiman. 70 peratus permukaan bumi diselaputi air tetapi hanya 2.5% dari jumlah air tersebut boleh diminum secara terus oleh manusia. Seramai 1.2  Billion penduduk dunia tidak mempunyai akses kepada bekalan minuman air bersih secara terus ke dalam rumah. Kesukaran mendapatkan bekalan air membuatkan kematian kerana penyakit taun. Di Malaysia kita bernasib baik kerana adalah mudah mendapatkan bekalan air bersih. Kita hanya perlu melihat ke negara jiran di sebalah barat kita sahaja untuk melihat situasi yang berbeza. Ada beberapa para penganalisa ketenteraan meramalkan perang dunia ketiga akan berlaku akibat perebutan sumber air dan bukannya sumber bahan api seperti sekarang.

fontus-water-bottle-designboom01 (2)

Oleh itu sistem mendapatkan air dari sumber tidak konvensional adalah penting untuk masa depan umat manusia. Fontus ialah salah sebuah sistem yang dibangunkan oleh Kristof Retezar dan ia mampu mengumpul 500 mL sejam. Alat ini berfungsi dengan mengumpul lembapan daripada udara.. Udara memasuki kebuk di dalam Fontus dan kemudian disejukkan sehingga tersejat menjadi air. Sistem sejatan ini dikuasakan menggunakan elektrik yang dijana panel solar pada bahagian atas Fontus. Air yang terhasil kemudian dikumpulkan di dalam botol 1.5 Liter yang biasa kita lihat. Buat masa ini Fontus boleh dipasang pada palang mendatar basikal dan air dikumpul ketika pengguna mengayuh. Di negara dengan kelembapan tinggi seperti Malaysia, Fontus pastinya boleh digunakan sebagai sumber air minum yang baik. Tidak diketahui sama ada ciptaan ini akan dikomersialkan tetapi ianya antara ciptaan yang dihantar untuk pertandingan James Dyson Award 2014.

Fontus

Sumber James Dyson Foundation

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd